Isu-isu Semasa Tentang Etika Guru Dan Hak Asasi Manusia (KPPB: EDUP2132 dan EDUP2112)
1.0 Pengenalan Profesion keguruan adalah profesion yang mulia, dihormati dan dikagumi ramai. Guru sentiasa akan diingati oleh muridnya sehingga akhir perkhidmatan mereka. Profesion Ini mempunyai nilai moralnya sendiri, di mana guru dianggap sebagai segalanya. Dalam profesion perguruan, baik di institusi dan masyarakat, guru perlu berkomunikasi dan hidup antara satu sama lain. Oleh itu, adalah perlu untuk mewujudkan satu sistem sebagai panduan bagi guru untuk membuat guru saling menghormati, bersikap sopan, mengambil berat tentang kerjaya dan menguruskan kehidupan mereka dengan baik. Ini akan mewujudkan etika guru, yang mempunyai peraturan perilaku, adat istiadat dan penegasan yang benar dan salah di dalam masyarakat kita. Untuk mengekalkan imej yang profesional, setiap guru harus mematuhi etika profesional, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007). Namun, kerana faktor-faktor tertentu menyebabkan guru melakukan tingkah la...